Skip to main content

Bola Sepak

Rizal sah milik Kedah tetapi didenda RM25,000

16217rizalghazali.jpg
Pertahanan Kedah, Rizal Ghazali, mengakui berasa lega selepas sah menjadi milik skuad itu apabila Jawatankuasa Status Pemain, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini memutuskan kontrak yang ditandatanganinya bersama Felda United tidak sah.

Rizal sebelum ini mencetus kontroversi apabila didakwa melanggar perjanjian dengan Felda kerana membuat 'pusingan u' untuk kekal bersama Kedah musim ini.

Ia menimbulkan rasa tidak puas hati kem The Fighters yang mendedahkan pemain berusia 25 tahun itu milik mereka selepas berjaya mencapai persetujuan hitam putih hujung tahun lalu.

Mengheret kes itu ke Jawatankuasa Status FAM, nasib bagaimanapun menyebelahi Rizal apabila sekadar dikenakan hukuman denda RM25,000 kerana kesalahan berdasarkan Artikel 1.7(d).

"Saya berterima kasih kepada KFA (Persatuan Bolasepak Kedah) kerana sanggup mengambil berat tentang saya. Saya juga ingin merakam penghargaan kepada peguam saya dan semua pihak yang menyokong saya," katanya.

"Dalam terma kontrak sudah mengatakan kalau tempoh tersebut belum mendapat surat tawaran, dia (pemain) cuma boleh berunding tetapi bukan menandatangani kontrak. Itu asasnya," kata Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Status FAM, Abdul Aziz Yeop.

"Bagaimanapun, kesalahan itu tetap berlaku. Maknanya dia ada niat untuk berhijrah, itu yang menjadi sebab kami mendenda RM25,000. Kami tidak membuat penggantungan kerana kontrak itu tidak sah."

Sementara itu, peguam yang mewakili kelab bola sepak Felda enggan memberi reaksi lanjut berhubung keputusan jawatankuasa berkenaan.

Mereka, bagaimanapun, dibenarkan membuat rayuan sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan itu.

Advertisement

Must Watch Video