BUNDESLIGA
Ribery layak terima kontrak baru
Penjaga gol Bayern Munich, Sven Ulreich, yakin Franck Ribery masih mampu menyumbangkan sesuatu buat pasukannya sekurang-kurangnya untuk dua musim lagi walaupun kini sudah berusia 34 tahun.
Perjanjian Ribery dan Bayern bakal tamat pada Jun ini tetapi bekas pemain sayap Perancis itu secara terbuka menyatakan hasratnya untuk terus kekal beraksi di Allianz Arena.
Perkara itu disuarakannya selepas membantu Bayern menewaskan Bayer Leverkusen 3-1, Jumaat lalu.
Iklan
“Sasaran saya adalah untuk kekal bersama Bayern Munich selama yang mungkin,” kata Ribery.
Kesungguhan yang dipamerkan Ribery juga membuat Ulreich begitu yakin rakan sepasukannya itu mampu beraksi dengan baik sehingga memasuki usia 37 tahun nanti.
“Walaupun sudah menghampiri 35 tahun, Ribery memberikan contoh kepada pemain-pemain muda.
“Dia seorang yang sangat profesional dan memberikan kudrat 100 peratus dalam sesi latihan.
“Apabila turun beraksi, dia adalah salah seorang pemain terbaik, jadi saya rasa dia mampu beraksi selama satu atau dua tahun lagi,” ujar Ulreich.
Must-Watch Video