HUDDERSFIELD 0 LIVERPOOL 3
Jurgen Klopp mempertahankan keputusannya untuk mengetepikan Virgil van Dijk ketika meraih kemenangan 3-0 ke atas Huddersfield Town dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.
Van Dijk menyertai Liverpool dari Southampton dengan nilai perpindahan GBP75 juta (RM414 juta), perpindahan yang menyaksikan dirinya sebagai pertahanan termahal di dunia.
Pemain berusia 26 tahun itu, yang telah mengharungi permulaan yang baik bersama kelab barunya dengan menanduk masuk gol ketika menyingkirkan Everton dalam saingan Piala FA, bagaimanapun gagal mengekalkan rentak apabila tewas kepada Swansea City dan West Brom.
Joel Matip dan Dejan Lovren kembali digandingkan bersama di Anfield dan Klopp menyifatkan ia sebagai perkara biasa untuk merehatkan pemain kebangsaan Belanda itu.
"Ia bukan satu keputusan yang luar biasa mengetepikan Van Dijk dan memberikan peluang kepada Lovren dan Matip beraksi," katanya.
"Southampton mempamerkan aksi yang berbeza berbanding kami. Van Dijk masih memerlukan latihan untuk berada di tahap terbaik."
Liverpool mengutip mata penuh di Stadium Kirklees bagi memastikan mereka kukuh di kedudukan keempat liga.
Emre Can membuka jaringan sebelum Roberto Firmino menjadikan kedudukan 2-0 sebelum tamat separuh masa. Penyerang kebangsaan Mesir, Mohamed Salah, meledak gol ketiga The Reds menerusi sepakan penalti.