Skip to main content

Bola Sepak

Real tidak akan berputus asa -- Casemiro

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

080118madrid.jpg
CELTA VIGO 2 REAL MADRID 2

Real Madrid tidak akan berputus asa untuk mengejar saingan LaLiga apabila sekali lagi keciciran mata setelah seri 2-2 dengan Celta Vigo, semalam.


Madrid kini ketinggalan 16 mata kepada pendahulu saingan, Barcelona, sekali gus menyaksikan mereka gagal melakar sebarang kemenangan selepas empat perlawanan liga, rekod yang paling buruk sejak 2008.

Dua gol daripada Gareth Bale dalam tempoh dua minit meletakkan Real di hadapan selepas Daniel Wass membuka jaringan buat tuan rumah pada minit ke-33.

Iago Aspas gagal menyempurnakan sepakan penalti buat pasukan tuan rumah tetapi Maxi Gomez menanduk masuk gol bagi menafikan tiga mata buat Real.

"Real Madrid tidak akan berputus asa," kata Casemiro.

"Kami percaya dengan kebolehan kami.

"Kami menghadapi perlawanan yang sukar. Real telah bermain dengan baik tetapi gagal mengulangi persembahan yang sama pada babak kedua.

"Real hampir menjadi kedudukan 3-2 tetapi peluang kami gagal disempurnakan. Kami akan berusaha untuk memperbaiki permainan dalam perlawanan akan datang," tambahnya.

Skuad bimbingan Zinedine Zidane akan beraksi dalam tiga perlawanan di laman sendiri, bermula dengan aksi timbal balik Copa del Rey berdepan Numancia, sebelum menerima kunjungan Villarreal dan Deportivo La Coruna.
 

Advertisement

Must Watch Video