Skip to main content

Bola Sepak

Real Madrid destinasi tepat buat Aubameyang -- Schuster

schuster-real-madrid-perfect-for-aubameyang.jpg

Bekas pengendali Real Madrid, Bernd Schuster, berpendapat kelab itu merupakan destinasi paling sesuai buat penyerang Borussia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang.

Aubameyang tidak pernah berselindung di sebalik niatnya untuk beraksi bersama pasukan gergasi Eropah itu tatkala dia sudah pun berjanji kepada mendiang datuknya untuk beraksi dalam LaLiga.

Pemain berusia 27 tahun itu berasakan sekiranya meninggalkan Signal Iduna Park, dia mampu meningkatkan prestasinya ke tahap yang lebih tinggi.

Schuster, yang tiga kali muncul juara LaLiga selaku pemain dan pengurus di Santiago Bernabeu, menyokong sekiranya Aubameyang berminat berhijrah ke Madrid.

Dia, bagaimanapun, memberi amaran bahawa ia bukan senario yang mudah untuk beraksi bersama kelab terbaik dunia itu.

"Pada pendapat saya, corak permainannya sangat sesuai untuk Real Madrid. Ini kerana di bahagian tengah, mereka memiliki pemain yang bijak melakukan hantaran, antaranya Toni Kroos," Schuster memberitahu Sport1.

"Ketika ini, Real kurang berpuas hati dengan jentera serangannya, jadi saya pasti sesuatu akan berlaku hujung musim ini.

"Tiada jaminan Aubameyang akan memegang watak penting di Madrid kerana mereka memiliki Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale selain Alvaro Morata dan Karim Benzema.

"(Presiden) Florentino Perez adalah individu yang membuat perjanjian tanpa bercakap panjang lebar. Begitulah cara dia mengendalikan pembelian pemain sebelum ini dan begitu juga caranya ketika ini.

"Kamu tidak akan mendengar sebarang desas-desus tetapi tidak semena-mena kamu akan mendapat berita  bahawa mereka telah menandatangani seorang pemain baharu."

Aubameyang, yang telah menyumbang 100 gol buat Dortmund, kini mendahului carta penjaring terbanyak dengan 16 gol.

Advertisement

Must Watch Video