RB LEIPZIG 3 SCHALKE 04 1
RB Leipzig meletakkan diri di tangga kedua liga selepas menewaskan Schalke 04 3-1 dalam aksi di Red Bull Arena Leipzig, awal pagi tadi.
Beraksi di depan penyokong sendiri, Leipzig berpeluang untuk berada di depan pada minit ke-37 selepas Benjamin Stambouli menjatuhkan Jean-Kevin Augustin di dalam kotak penalti, namun sepakan penalti penyerang itu diselamatkan oleh penjaga gol, Ralf Fahrmann.
Empat minit kemudian, Naby Keita akhirnya memberikan nafas lega buat skuad kendalian Ralph Hasenhuttl itu apabila melakukan rembatan dari luar kotak penalti untuk memberikan pendahuluan 1-0 buat tuan rumah sebelum tamat babak pertama.
Bersambung separuh masa kedua, pelawat cuba untuk mencipta gerakan pantas dan percaturan itu berhasil apabila pemain pertahanan, Naldo, menanduk masuk bola sepakan percuma Daniel Calgiuri dari sebelah kanan untuk mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-55.
Penyerang Jerman, Timo Werner, kembali meletakkan naib juara liga musim lalu itu di depan selepas mudah menolak bola masuk hasil hantaran Konrad Laimer pada minit ke-69, sebelum pemain sayap, Bruma, mengesahkan gol ketiga menerusi percubaan jarak dekat, dua minit kemudian.
Kemenangan itu menyaksikan Leipzig memintas Schalke untuk berada di tangga kedua liga, namun kedudukan itu mungkin berubah sekiranya Borussia Dortmund menundukkan Wolfsburg, malam ini.