Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Razali letak jawatan setiausaha agung FA Sarawak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

b17090901.jpg
Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) hari ini mengumumkan peletakan jawatan Razali Dolhan sebagai setiausaha agungnya berkuat kuasa serta-merta.

Tindakan ini diambil selari dengan nasihat Pesuruhjaya Sukan Malaysia bahawa mana-mana ahli exco tidak dibenarkan memegang lebih daripada satu jawatan tertinggi dalam mana-mana persatuan sukan di negara ini.

"Pihak FAS akur dengan ketetapan yang telah dinyatakan dan menerima keputusan yang telah dibuat beliau," kata satu kenyataan persatuan itu.

Razali, bagaimanapun, akan mengekalkan jawatan naib presiden.

"Pihak FAS ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala usaha dan komitmen beliau selama memegang jawatan setiausaha agung," kata kenyataan itu lagi.

Tugas tersebut akan dipangku oleh Setiausaha Eksekutif FAS, Jeffery Lana, sehingga ia diisi.

"Pihak persatuan ingin menjemput mana-mana pihak atau individu yang berminat untuk mengisi jawatan tersebut sepenuh masa menghantar permohonan kepada kami dengan kadar segera.

"Pihak kami juga ingin mengumumkan bahawa Abang Wahab Rahim dilantik sebagai pengurus pasukan bola sepak Sarawak pada musim 2018 dan Abang Abdul Rahman Abang Naib sebagai bendahari."

Ia mengisi segala kekosongan yang dihadapi oleh persatuan ini untuk tahun kedua, selepas tahun pertama berhadapan masalah mencari presiden.

FAS kini diterajui Datuk Posa Majais.

Advertisement

Must Watch Video