SEVILLA 2 LEICESTER CITY 1
Claudio Ranieri berbesar hati dengan semangat juang yang dipamerkan Leicester City selepas gol di tempat lawan yang disumbat Jamie Vardy memberi mereka sinar harapan dalam kekalahan 2-1 kepada Sevilla dalam pertemuan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara.
Gol yang dijaringkan Pablo Sarabia dan Joaquin Correa meletakkan tuan rumah dalam situasi selesa di Ramon Sanchez Pizjuan, lebih-lebih lagi Leicester menampilkan aksi hambar -- kelaziman mereka pada musim ini -- sepanjang 70 minit permainan.
Bagaimanapun, gol pertama Vardy dalam Liga Juara-Juara -- yang menamatkan kemarau jaringan sejak dua bulan lalu -- di samping ketangkasan Kasper Schmeichel menyelamatkan sepakan penalti Correa, memberi The Foxes peluang untuk terus berjuang merebut tempat ke suku akhir.
Jawatan Ranieri tergugat berikutan kemerosotan prestasi penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu yang terjerumus ke zon penyingkiran, dan situasi bertambah genting apabila mereka tersingkir dalam saingan Piala FA kepada Millwall, hujung minggu lalu.
Selepas mengatakan aksi pagi tadi mampu memberi kesan besar kepada kempen pasukannya, Ranieri meneruskan nada positifnya sejurus tamat perlawanan.
"Kami sedar mereka lebih bagus daripada kami dengan kualiti yang tinggi," katanya kepada BT Sport.
"Mereka terus menguasai bola dan kami menderita.
"Mereka mempamerkan kualiti yang dimiliki. Kami menonjolkan semangat juang yang tinggi, sangat tersusun dan memiliki kepercayaan, kami tidak pernah berputus asa dan saya sangat berpuas hati.
"Akhirnya, jika kami lebih tenang, kami boleh mencipta sesuatu yang lebih baik dalam serangan balas tapi kami akan mengharungi perlawanan yang sangat getir di tempat sendiri dan semuanya masih terbuka.
"Kami sengsara, namun kami sedia untuk berjuang.
"Bagi kami, adalah penting untuk meneruskan permainan sebenar kami.
"Mereka mampu menyumbat gol pada bila-bila masa tapi kami sedar kami mampu memperagakan aksi yang lebih baik, mungkin."