Skip to main content

Bola Sepak

Ramuan Mora menjadi-jadi

15217mora.jpg
Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora, melahirkan kelegaan selepas menyaksikan anak buahnya memperagakan corak positif ketika menundukkan Felda United 2-0 di Stadium Tun Abdul Razak, malam tadi.

Mora mencanang pendekatan taktikal berbeza ketika bertemu The Fighters dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA itu berbanding beberapa perlawanan terdahulu.

Ia memperlihatkan bahagian tengah menjadi nadi utama kekuatan JDT menerusi gandingan empat pemain, Safiq Rahim, Nazmi Faiz Mansor, Amirul Hadi Zainal dan Afiq Fazail.

Berfungsi efektif sepanjang perlawanan, kemenangan JDT juga dibantu ketajaman penyudah Gabriel Guerra dan Gonzalo Cabrera.

"Kadang-kadang kami melakukan kesilapan  (taktikal) tetapi kadang-kadang kami melakukannya dengan baik. Hari ini (malam tadi) kami berjaya memperbaiki kelemahan bersama barisan kejurulatihan," kata Mora. 

Ia kekalahan kedua skuad Felda di bawah jurulatih sementara, Mohamad Nik. 

Difahamkan, pengurusan Felda akan memutuskan jurulatih baru esok berikutan peletakan jawatan Azmi Mohamed minggu lalu.

"Sebagai jurulatih sementara, saya tidak terkilan sekiranya saya tidak dipilih sebagai ketua jurulatih," kata Mohamad. "Tetapi saya berharap jurulatih yang baru dapat mengubah kedudukan pasukan Felda."

Advertisement

Must Watch Video