Kelibat jurulatih Felda United, B. Sathianathan, dan kapten, Muhammad Shukor Adan, menjadi faktor utama Iain Ramsay memilih untuk berbakti dengan skuad The Fighters musim ini.
Ramsay melihat dua ikon itu sebagai kekuatan utama Felda dan hal itulah yang membuatkannya tidak teragak-agak untuk bersama The Fighters dan meninggalkan kelab terdahulunya di Filipina, Ceres–Negros FC.
Jelasya, aksi Piala AFC 2017 menjadi pembuka jalan di mana pertemuan di antara Ceres dan Felda berjaya menambat hati Ramsay untuk mencuba nasib dalam Liga Malaysia musim ini.
"Kami (Ceres) menentang Felda dalam Piala AFC tahun lalu, saya masih ingat mereka pasukan kuat. Saya juga mendapat beberapa tawaran di Asia tetapi apabila Felda tampil, saya mengambilnya secara serius.
"Jurulatihnya (Sathianathan) yang terbaik di Malaysia, kapten (Shukor) serta pemain-pemain daripada musim lalu membuatkan saya membuat keputusan ini," katanya.
Sehubungan itu, Ramsay tidak terkilan beraksi dalam saingan Liga Perdana selepas menyedari situasi yang dialami majikannya itu pada penghujung musim lalu.
"Sayang sekali Felda turun ke Liga Perdana kerana mereka adalah kelab besar. Tetapi kami masih skuad yang kuat dengan memiliki pemain-pemain dari musim lalu. Saya rasa pasukan ini mempunyai keyakinan tinggi," katanya.
Pemain kebangsaan pasukan Filipina itu mengharapkan keberkesanannya dalam pasukan mampu membantu Felda kembali ke kancah sebenar, iaitu Liga Super.