Skip to main content

Bola Sepak

Ramos terpaksa direhatkan lagi

050118sergio-ramos.jpg
Sergio Ramos mengalami kecederaan betis dan dijangka terlepas aksi pertama Real Madrid dalam saingan LaLiga selepas rehat musim sejuk.

Kapten Real itu bersama-sama Cristiano Ronaldo terlepas aksi bersama skuad kendalian Zinedine Zidane ketika melakar kemenangan 3-0 bagi perlawanan pertama pusingan kedua Copa del Rey, Khamis  lalu.

Real telah mengeluarkan kenyataan bahawa Ramos akan terlepas aksi untuk beberapa perlawanan kerana kecederaan itu.

"Penilaian ke atas Ramos di Pusat Rawatan Sanitas, Real Madrid mendapati dia mengalami kecederaan otot di bahagian betis.

"Ramos akan terus menjalani proses pemulihan dan dinilai dengan lebih terperinci."

Real berkunjung ke Celta Vigo pada Ahad, selepas tewas dalam aksi terakhir bagi saingan LaLiga 3-0 kepada Barcelona, sekaligus meletakkan mereka 14 mata ketinggalan kepada pendahulu saingan itu.

Advertisement

Must Watch Video