Skip to main content

Bola Sepak

Ramos gesa penyokong hormati Pique

ramospique-cropped_omrznrdwsmll14hhkerbpr6rh.jpg
Sergio Ramos menggesa penyokong di Santiago Bernabeu menghormati Gerrad Pique ketika aksi kelayakan Piala Dunia berdepan Itali.

Kapten Real Madrid, Ramos dan pertahanan Barcelona, Pique, merupakan lawan tradisi dalam LaLiga, namun mereka berdua akan digandingkan dalam aksi antarabangsa, Sabtu ini.

Pique sering menjadi sasaran kecaman penonton ketika beraksi bersama skuad Sepanyol dan Ramos merayu kepada penyokong Madrid agar tidak melakukannya.

"Hormati pemain, tidak kira Pique atau sesiapapun," Ramos bercakap kepada media.

"Saya mahu penyokong memberi sokongan tidak berbelah-bahagi kerana ini pertembungan yang sengit.

"Kami mahu beraksi baik."

Sepanyol dan Itali ketika ini mendahului Kumpulan G dengan 16 mata, namun dipisahkan dengan perbezaan jaringan .

Aksi di Madrid bakal menyaksikan kepulangan penjaring terbanyak Sepanyol, David Villa.

Villa -- penyumbang 59 gol untuk Sepanyol di samping memiliki trofi kejuaraan Euro 2008 dan Piala Dunia 2010 -- menerima panggilan mengejut pada usia 35 tahun sejak kali terakhir membuat penampilan dalam Piala Dunia 2014.

Penyerang veteran itu telah menyumbat 19 gol buat New York City dalam MLS musim ini.

Advertisement

Must Watch Video