Skip to main content

Bola Sepak

Ramos gembira ambil alih tugas penalti daripada Ronaldo

sergioramos-cropped_vzxov6593uvr1245zkohoas0y.jpg
Kapten Real Madrid, Sergio Ramos, berbesar hati untuk menggalas tugas pengambil sepakan penalti selepas penghijrahan Cristiano Ronaldo.

Ramos kini secara konsisten ditugaskan untuk mengambil tendangan penalti sejak Ronaldo meninggalkan gergasi LaLiga itu untuk ke Juventus, Julai lalu.

Pertahanan itu kini telah menyumbat 10 gol -- menyamai jumlah terbanyak yang pernah diraih -- dan berkata bagus untuk dia menggantikan Ronaldo sambil menambah dia tidak berniat memalukan sesiapa apabila melakukan sepakan 'Panenka' ketika menjalankan tugas mengambil sepakan penalti.

"Saya mengambil alih tugas itu sejak Ronaldo keluar dan berbesar hati melakukannya," kata Ramos.

"Panenka adalah salah satu cara untuk menyempurnakannya tetapi saya tidak pernah berniat untuk memalukan sesiapa."

Madrid kini sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi minggu getir, termasuk aksi separuh akhir Piala Raja Sepanyol berdepan Barcelona, pertemuan liga dengan Atletico Madrid serta aksi Liga Juara-Juara Eropah berdepan Ajax.

Ramos berkata ia bakal menjadi bulan yang penting buat Madrid yang kini menduduki tangga ketiga LaLiga dan lapan mata di belakang Barca.

"Kami akan berdepan Barca yang sedang mendahului liga dan seteru utama kami dalam kejohanan," tambah Ramos.

"Kami juga akan berdepan Atletico dalam saingan liga."

Aksi pertama separuh akhir Piala Raja Sepanyol akan berlangsung pada awal pagi Khamis ini.

Advertisement

Must Watch Video