Sergio Ramos didakwa Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) selepas memperoleh kad kuning secara sengaja dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah di antara Real Madrid dan Ajax, minggu lalu.
Pemain kebangsaan Sepanyol itu akan terlepas perlawanan kedua di Santiago Bernabeu, 5 Mac ini selepas dilayangkan kad kuning pada minit ke-89 ketika Madrid memperoleh kemenangan 2-1 dalam aksi pertama di Amsterdam itu.
Ramos mendedahkan dalam wawancara selepas perlawanan bahawa dia sengaja melakukan kesalahan itu bagi mengelakkan risiko digantung dalam perlawanan separuh akhir walaupun dia kemudian menafikan kenyataan itu kemudian.
Bagaimanapun, UEFA telah menjatuhkan dakwaan terhadap kapten Madrid itu kerana sengaja meraih kad kuning di bawah Badan Pengawalan, Etika dan Disiplin mereka untuk mengadakan sesi pendengaran mengenai kes itu esok.
Minggu lalu, pemain tengah Valencia, Geoffrey Kondogbia, dijatuhkan hukuman penggantungan dua perlawanan kerana sengaja meraih kad kuning dalam aksi Liga Europa menentang Celtic.
Pemain tengah itu dilayangkan kad kuning pada minit ke-82 ketika pasukannya menang 2-0 di Glasgow kerana melewat-lewatkan sepakan percuma.