Skip to main content

Bola Sepak

Ramadan kekal bersama Stoke sehingga 2022

sobhi-cropped_bb79thzxmtjt136n10ylqeh5w.jpg
Ramadan Sobhi telah menandatangani kontrak baru lima tahun bersama Stoke City.

Pemain berusia 20 tahun itu membuat 17 penampilan dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu, kelab pertamanya sejak berhijrah daripada Al-Ahly dengan pembelian bernilai GBP5 juta (RM28 juta).

Pemain antarabangsa Mesir itu berjanji akan memberikan aksi terbaik sejurus selesai menandatangani kontrak baru, semalam.

"Saya teruja dengan kontrak baru ini," kata Sobhi

"Saya berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada kelab ini dan saya bertekad membayar kepercayaan mereka yang mendapatkan saya ketika berusia 19 tahun.

"Musim lalu berjalan dengan baik tetapi saya akan berikan aksi yang lebih mantap kali ini."

Stoke berkunjung ke Everton untuk memulakan kempen baru esok, dengan Ketua Pengarah Eksekutif, Tony Shcoles, teruja kerana dapat mengikat Sobhi.

"Ramadan pemain muda yang berbakat," katanya. 

"Dia dapat menyesuaikan diri dengan cepat, sekaligus membuktikan dia seorang pemain berpotensi besar.

"Kami teruja dapat mengikatnya sehingga 2022."

Advertisement

Must Watch Video