Ivan Rakitic mengakui harga yang Barcelona terpaksa bayar untuk mendapatkan Philippe Coutinho dari Liverpool agak tinggi dan dia berharap pemain Brazil itu dapat membantu mereka meraih gelaran LaLiga.
Perpindahan Coutinho dilaporkan membabitkan kos €160 juta (RM766.7j), lalu menjadikannya pemain ketiga paling mahal sepanjang zaman di belakang Neymar dan Kylian Mbappe.
Rakitic, yang kini akan menghadapi saingan lebih sengit merebut posisi bahagian tengah Barca, percaya yuran perpindahan Coutinho itu adalah seiring dengan zaman ini.
"Pendapat saya tidak penting, namun harga itu agak tinggi, itulah yang ditentukan oleh pasaran," katanya kepada Marca.
"Setiap pemain hebat dialu-alukan di sini, saya mengucapkan tahniah kepada presiden dan semua pihak yang berjaya membawanya ke sini.
"Dia kini merupakan salah seorang anggota keluarga ini, kami akan menikmatinya kerana dia kini berada di kelab terbesar di dunia," katanya.
Coutinho tidak layak beraksi dalam baki saingan Liga Juara-Juara (UCL) musim ini tetapi khidmatnya akan dipertaruhkan Barca untuk memburu gelaran berganda di peringkat domestik selepas mendahului LaLiga dengan sembilan mata.
"Kami gembira pemain baru menyertai kami, dia salah seorang yang terbaik," tambah Rakitic.
"Sudah tentu, dia tidak boleh bermain dalam UCL tetapi kami menyedarinya.
"Dia akan membantu kami dalam LaLiga dan diharapkan dalam Copa del Rey juga tetapi kami harus memberikan dia masa untuk menyesuaikan diri."