Skip to main content

Bola Sepak

Rajagobal mahu tambah senarai import

rajagobal-150118.jpg
Jurulatih PKNS FC, Datuk K. Rajagobal, masih mengharapkan kehadiran seorang lagi pemain import untuk mengetuai jentera serangan yang akan diputuskan dalam tempoh dua minggu dari sekarang.

Tiga pemain import yang telah disenaraikan bagi menghadapi musim 2018 adalah Jonathan Costa, Romel Oswaldo dan Faris Ramli, yang kini menjadi watak utama di bahagian tengah dalam memainkan peranan penting dalam setiap percaturan bekas pengendali kebangsaan itu.

Bagaimanapun, dia masih mahukan satu nama yang cukup kuat untuk memegang tampuk utama dalam memastikan setiap peluang yang hadir disempurnakan di depan gol lawan nanti.

Rajagobal juga mengakui masih lagi meneliti beberapa nama yang sesuai sambil menegaskan pemain itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

"Ya, kami sedang mencari seorang penyerang yang mampu memberikan impak dalam usaha untuk menjaringkan gol. Itu adalah kriteria yang kami tetapkan," katanya.

Minggu lalu, PKNS baru sahaja mengesahkan nama bekas tonggak import Kedah, Zac Anderson, bakal memperkuatkan barisan pertahanan PKNS musim ini.

"Kami sudah memiliki barisan pemain yang akan menyertai sesi pemilihan tetapi masih belum menjumpai calon yang serasi dengan pasukan," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video