Pertahanan kental Kelantan, Mohd Qayyum Marjoni Sabil, menggesa rakan sepasukannya melupakan segera kekalahan kepada Sarawak dalam Liga Super minggu lalu, sebaliknya memberi fokus mencari kemenangan pertama dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C, Piala Malaysia menentang UiTM FC di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, malam esok.
Qayyum mengakui semua pemain kecewa dengan kekalahan kali keenam di gelanggang sendiri tetapi percaya Pengarah Teknikal The Red Warriors (TRW), Alfredo Gonzales, mempunyai ramuan terbaik untuk Kelantan bangkit semua dalam saingan Piala Malaysia.
“Semua pemain kecewa dengan kekalahan 0-2 kepada Sarawak, Sabtu lepas, dan berjanji akan bangkit semula mencipta kemenangan dalam perlawanan pembukaan menentang UiTM.
“Kami mahu memulakan saingan Piala Malaysia dengan ‘langkah kanan’ dan jadikan kemenangan ke atas UiTM sebagai medan kebangkitan semula," katanya.
Qayyum, yang juga bekas ketua pasukan Piala Presiden Kelantan, percaya TRW tidak akan memandang mudah cabaran UiTM FC dan mengakui mereka perlu bekerja keras untuk merantai pergerakan Akanni Sunday Wasiu dan Do Dong Hyun.
“Kami hormati pasukan UiTM dan mereka mempunyai pemain import yang baik dan mampu meleburkan harapan kami untuk memungut mata di gelanggang sendiri jika TRW lalai,” katanya.
“Insya-Allah, kami akan turun untuk mencari tiga mata penuh di gelanggang sendiri dan mahu mengembalikan sokongan padu penyokong kepada TRW,” katanya.
Untuk rekod, dalam saingan Piala Malaysia yang akan membuka tirainya malam esok, Kelantan diundi dalam Kumpulan C bersama pasukan pilihan, Kedah, Melaka United dan UiTM.