Pengendali Paris Saint-Germain (PSG), Unai Emery, menegaskan kelabnya tidak risau walaupun wujud spekulasi mengaitkan perpindahan pemain termahal dunia, Neymar, ke Real Madrid.
Neymar yang kini berusia 25 tahun dilaporkan menjadi sasaran utama kelab LaLiga itu walaupun baru sahaja menyertai PSG pada musim panas lalu menerusi rekod perpindahan dunia dari Barcelona.
Bagaimanapun, Emery menjelaskan pasukannya tidak terjejas dengan laporan yang mengaitkan mereka dengan lawan yang akan ditentang bagi pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah (UCL) itu.
"Skuad kini berada dalam keadaan mental yang kuat. Tidak kira Piala Perancis, Piala Liga atau UCL, persiapan rapi tetap berjalan seperti biasa.
"Pemain-pemain sangat bijak dan kelab telah meraih pengalaman. Saya juga begitu," kata Emery.
"Jika anda melihat muka akhbar di Sepanyol pada hari ini, mereka mengaitkan Neymar untuk ke Real Madrid tetapi itu tidak menggusarkan kami.
"Kami tahu apa yang patut kami fokus. Pemain-pemain, pegawai-pegawai serta barisan kejurulatihan pasukan sentiasa sedar apa yang perlu kami usahakan."
Sejak tiba di Paris, Neymar telah mengharungi musim yang memukau apabila mencatat 20 jaringan hasil daripada 22 penampilan dalam semua kejohanan dan berpeluang untuk menambah jumlah itu apabila bertandang ke Nantes, esok.