Skip to main content

Bola Sepak

PSG tamatkan kontrak Diarra lebih awal

lassana-diarra.jpg
Lassana Diarra menjadi ejen bebas selepas mencapai persetujuan dengan Paris Saint-Germain (PSG) untuk menamatkan kontraknya lebih awal.

Diarra ditandatangani PSG secara mengejut pada Januari tahun lalu dan membuat 10 penampilan ketika skuad bimbingan Unai Emery itu meraih gelaran Ligue 1.

Begitupun, di bawah bimbingan Thomas Tuchel, dia hanya memainkan peranan yang minimum apabila hanya tampil tiga kali musim ini.

Sungguhpun kontraknya akan berakhir pada penghujung musim ini, bekas pemain Perancis itu dilepaskan semalam.

"Kelab ini ingin mengucapkan terima kasih kepada Lassana atas sikap profesionalismenya sepanjang di Paris Saint-Germain dan kami ingin mengucapkan semoga berjaya dalam langkah seterusnya dalam kariernya," kata satu kenyataan ringkas PSG.

Diarra, yang pernah mewakili Chelsea, Real Madrid dan Marseille, akan mencecah usia 34 tahun bulan depan. 

PSG mengukuhkan bahagian tengahnya dalam jendela perpindahan bulan lalu apabila mengikat pemain Argentina, Leandro Paredes, daripada Zenit.

Bagaimanapun, mereka gagal meyakinkan Everton untuk menjual Idrissa Gueye meskipun tidak melayani beberapa tawaran pihak luar untuk memancing Adrien Rabiot yang dipinggirkan berikutan masalah kontrak.






 

Advertisement

Must Watch Video