Presiden Paris-Saint Germain (PSG), Nasser Al-Khelaifi, yakin perpindahan bintang Barcelona, Neymar, ke pasukannya bakal selesai tidak lama lagi, namun menolak untuk memberikan komen lanjut.
Laporan di Perancis mengatakan perpindahan rekod dunia bernilai EUR222 juta (RM1.1 bilion) buat Neymar ke PSG bakal diselesaikan dalam masa beberapa hari.
Isnin lalu, bintang Brazil itu dikatakan berada di Doha bagi menjalani ujian kesihatan tetapi dinafikan selepas Neymar meletakkan gambar di akaun media sosial Instagram miliknya mengatakan dia dalam perjalanan pulang ke Sepanyol.
Nasser menolak untuk bercakap lebih lanjut mengenai pemain berusia 25 tahun itu tetapi memberi bayangan perpindahan tersebut bakal berlaku.
“Persoalan ini agak terburu-buru. Neymar adalah pemain Barcelona dan anda akan melihat apa berlaku padanya selepas ini,” kata Nasser.
“Saya menghormati kontraknya bersama Barca. Saya tidak mahu berbicara tentangnya tetapi berharap dapat berbincang mengenainya selepas ini.,” tambahnya.
Dalam masa sama, Nasser mengakui pasukannya sedang cuba untuk membawa masuk seorang pemain yang mampu memberikan kejayaan dan juga publisiti buat PSG.
“Neymar adalah bintang bola sepak dunia tetapi seperti saya katakan, dia adalah pemain Barcelona,” katanya.