Bintang Juventus, Paulo Dybala, bukan sasaran Paris Saint-Germain (PSG), menurut pengerusi kelab, Nasser Al-Khelaifi.
Pemain antarabangsa Argentina itu dikaitkan dengan perpindahan ke pemimpin Ligue 1 tersebut selepas mengakui pada November lalu bahawa dia berminat beraksi di samping Neymar.
Berikutan prestasi hambar yang dipamerkan Dybala beberapa minggu kebelakangan ini, timbul cadangan bahawa Juve boleh mengaut keuntungan dengan Barcelona, Real Madrid dan Manchester United dikhabarkan berminat terhadap khidmat pemain itu.
Al-Khelaifi bagaimanapun menafikan pemain berusia 24 tahun itu dilihat sebagai sasaran penting buat PSG.
"Sebenarnya, ada ramai pemain yang baik dalam Serie A, bukan hanya Dybala," katanya kepada La Stampa. "Jika kami berminat dengannya, kami akan menghubungi Juventus.
"(Presiden Juve, Andrea) Agnelli adalah kawan yang baik saya dan saya ingin memberitahu anda, buat masa ini Dybala bukanlah kunci masa depan PSG."
Al-Khelaifi juga menafikan PSG sedang mempertimbangkan pengganti ketua jurulatih, Unai Emery.
Pengendali Chelsea, Antonio Conte, dan bekas jurulatih PSG, Carlo Ancelotti, antara nama yang turut dikaitkan dengan kelab itu, begitupun jawatan Emery kelihatan masih selamat buat masa kini.
"Anda memiliki pemain, kelab dan jurulatih yang sangat baik di Itali, tetapi ketika ini kami gembira dengan Emery," kata Al-Khelaifi lagi.