Thomas Tuchel tetap percaya bahawa pasukan bimbingannya, Paris Saint-Germain (PSG), mampu menyesuaikan diri dengan ketiadaan Neymar walaupun mengalami kekalahan pertama dalam kempen Ligue 1 musim ini, awal pagi tadi.
Neymar akan terlepas aksi selama dua bulan selepas mengalami kecederaan melibatkan tulang metatarsal ketika aksi Piala Perancis menewaskan Strasbourg bulan lalu.
PSG menang dalam aksi pertama tanpa bintang Brazil itu selepas menewaskan Rennes tetapi perlawanan berdepan Lyon awal pagi tadi menyaksikan PSG tewas 2-1 di tangan pasukan kendalian Bruno Genesio itu.
Angel Di Maria memberikan PSG pendahuluan di Stadium Groupama, namun Moussa Dembele dan Nabil Fekir menjadikan kedudukan 2-1, sekali gus menamatkan rentetan 20 perlawanan liga tanpa kalah yang diraih PSG musim ini.
Mengkui kecewa, Tuchel tetap positif dan yakin bahawa pasukannya mampu bersaing tanpa Neymar memandangkan saingan Liga Juara-Juara Eropah bakal kembali tidak lama lagi.
"Saya tidak tahu sama ada kami rindukan dia tetapi jelas sekali kami kehilangan sentuhan Neymar dan Marco Verratti, namun saya yakin sepenuhnya dengan kemampuan pemain lain," kata Tuchel.
"Di Maria dan Julian Draxler melalui aksi yang baik dan mencipta banyak peluang.
"Kami terlalu pasif selepas menyumbat gol pertama dan melakukan keputusan yang salah. Lyon beraksi dengan penuh kualiti tetapi saya sukakan aksi babak kedua."