Skip to main content

Bola Sepak

PSG gugur nama Kylian Mbappe sempena jelajah pra-musim

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mbappe.jpg
Kylian Mbappe diketepikan daripada jelajah pra-musim Paris Saint-Germain di Jepun.

Skuad di bawah bimbingan pengurus baru, Luis Enrique, itu hanya mengetahui perkembangan terbaru tersebut sehari sebelum mereka terbang ke Asia, hari ini.

Awal musim panas ini, bintang Perancis itu mendedahkan bahawa dia tidak akan menandatangani kontrak baru di Parc des Princes.

Mbappe masih berminat menyarung jersi PSG dalam tahun terakhir kontraknya, sekali gus bakal menyaksikannya menyertai mana-mana pasukan secara percuma pada musim depan.

Mbappe, yang sering dikaitkan ke Real Madrid, diturunkan dalam perlawanan persahabatan menentang Le Havre semalam dengan meledak gol kedua dalam kemenangan 2-0 itu. 

 

Adiknya yang berusia 16 tahun, Ethan, turut tersenarai dalam siri jelajah itu di samping deretan bintang seperti Neymar yang masa depannya turut menjadi subjek spekulasi.

PSG akan bertemu kelab yang diperkuatkan oleh Cristiano Ronaldo, Al Nassr, dan Cerezo Osaka di Osaka minggu depan sebelum menentang Inter Milan di Tokyo pada 1 Ogos dan kelab Korea Selatan, Jeonbuk Motors, dua hari kemudian.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video