Skip to main content

Bola Sepak

Prestasi Suarez 'letupkan LaLiga' -- Poyet

luis-suarez.jpg
Luis Suarez sedang 'meletupkan LaLiga' bagi membuktikan kepada Barcelona bahawa dia belum bersedia untuk berakhir, menurut Gustavo Poyet.

Barca mengambil keputusan untuk membenarkan Suarez berhijrah pada penghujung musim selepas enam tahun berkhidmat di Camp Nou.

Musuh domestik, Atletico Madrid, tidak berlengah untuk menandatangani pemain itu dengan perjanjian selama dua tahun dan ia telah membuahkan hasil.

Pemain kebangsaan Uruguay itu telah meledak 12 gol dalam 15 perlawanan liga, ditambah dengan dua assist, dan pasukannya mendahului saingan LaLiga dengan berkelebihan tujuh mata menjelang perlawanan bertemu Cadiz.

Rakan senegaranya, Poyet, yang sebelum ini membintangi Real Zaragoza, Chelsea dan Tottenham, percaya Suarez dalam keadaan terdesak untuk membuktikan dia masih lagi berbisa walaupun sudah mencecah 34 tahun bulan ini.

"Mereka telah melakukan keputusan yang penting dan itu bukan sesuatu yang mudah untuk diambil. Namun ia adalah perkara yang mudah buat El Cholo [ketua jurulatih, Diego Simeone], daripada apa yang saya kenali mengenainya.

"Membawa Luis Suarez selepas Barcelona tidak lagi mahukannya. Dan Luis mempamerkan aksi yang cemerlang dan apa yang dipamerkan sedang meletupkan LaLiga."
 

Meninggalkan Barcelona memberi Suarez dorongan yang dia perlukan untuk melakukan perubahan dan memberikan sesuatu yang lebih lagi, menurut pandangan Poyet.

"Ia menunjukkan bahawa kadang-kala pemain perlu melakukan sesuatu yang berbeza.

"Ia boleh melibatkan cara layanan atau menjadi lebih tegas. Tetapi mereka memerlukan sesuatu untuk bertindak balas.

"Dia berada di tahap yang rendah, tetapi bukan paling teruk, tetapi pasukan seperti [Barcelona], dia tidak berada di tahap terbaik. Dia memerlukan cabaran baru dan kadang-kala sukar untuk mendapatkannya bersama kelab yang sama.

"Dan dia mengambil keputusan berhijrah ke Atletico, pasukan yang istimewa dan dibimbang oleh jurulatih yang istimewa, perwatakan yang mirip [dengan Suarez]."
 
 

Advertisement

Must Watch Video