Jurgen Klopp bimbang Manchester City 'mungkin boleh melarikan diri' dengan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika Liverpool terdesak untuk mempertahankan gelaran liga.
City mengatasi Sheffield United 1-0 semalam bagi merekodkan 12 kemenangan berturut-turut, dengan lapan kemenangan dalam saingan EPL melonjakkan skuad kendalian Pep Guardiola kembali ke puncak liga dan berkelbihan tujuh mata ke atas penyandang juara.
The Reds, yang menamatkan lima perlawanan tanpa kemenangan dengan mengatasi Tottenham 3-1 Jumaat lalu, menuju ke perlawanan seterusnya Ahad ini bertemu West Ham dengan memerlukan tiga mata lagi.
Ia sangat berbeza berbanding musim lalu, ketika Klopp dan Liverpool memenangi liga dengan berkelebihan 18 mata dan kini tiada pasukan yang mampu melepasi 99 mata yang diperoleh mereka ketika menjulang gelaran liga.
Klopp ditanya apakah musim ini mungkin merupakan perlumbaan gelaran yang paling menarik, dengan begitu banyak kelab dalam persaingan.
Tetapi pengendali kelahiran Jerman itu memberikan amaran kepada skuad kendalian Guardiola kelihatan bersedia untuk merebut kembali trofi, ketika pasukannya dihimpit masalah kecederaan.
"Adakah persaingan kali ini akan menjadi yang paling menarik? Mungkin, tetapi City boleh melarikan diri dengan kejuaraan ketika ini. Mereka berada dalam kedudukan yang baik, sekali lagi bermain dengan baik," katanya.
"Saya tidak tahu, saya tidak tahu adakah jumlah mata terendah, saya juga tidak tahu berapa banyak mata yang dapat diperoleh.
"Apa yang kita lihat adalah musim yang sukar bagi semua pasukan, West Ham dan Leicester juga turut memberikan tentangan.
"Oleh itu, banyak pasukan kelihatan bagus tetapi kami semua mengalami prestasi pasang surut sepanjang musim ini.
"Tetapi saya dapat bayangkan menyaksikan persaingan EPL yang sangat sangat menyeronokkan, terutama bagi peminat neutral. Saya tidak tahu siapa yang akan menjadi juara pada akhir musim ini."

12 - Manchester City have won their last 12 matches in all competitions, the longest winning run in their history. Juggernaut. #MCISHU pic.twitter.com/VnlZb6wBlA
— OptaJoe (@OptaJoe) January 30, 2021