Pep Guardiola tidak berasakan prestasi cemerlang Manchester City tidak menggugat semangat Manchester United dan Chelsea.
City membelasah Crystal Palace 5-0, Sabtu lalu, untuk menjadi pasukan Inggeris pertama sejak Blackburn Rovers pada 1958-59 untuk menjaringkan lima gol atau lebih dalam tiga perlawanan pertama berturut-turut.
Liverpool dan Watford merupakan antara mangsa kepada skuad kendalian Guardiola manakala Feyenoord turut dibelasah City 4-0 dalam saingan pembukaan Liga Juara-Juara (UCL).
Selepas menerima kunjungan Shakhtar Donetsk awal pagi Rabu nanti, pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu akan bertandang ke Stamford Bridge untuk berdepan Chelsea, yang bakal bertemu Atletico Madrid.
Juara bertahan itu meraih kemenangan bergaya 4-0 ke atas Stoke City manakala United terus berkongsi mata dengan City setelah menewaskan Southampton 1-0.
Guardiola menyifatkan persembahan cemerlang anak buahnya tidak dilihat mampu menggugat persembahan dua seteru mereka dalam perebutan takhta liga bagi musim ini.
"Chelsea meraih kemenangan 4-0 ke atas Stoke. United pula memastikan gawang mereka tidak dibolosi dalam lima perlawanan berturut-turut," kata Guardiola.
"EPL adalah persaingan yang sangat sengit. Mana-mana pasukan mampu memenanginya," tambahnya.
Persaingan yang sengit turut hadir dalam skuad bimbingan Guardiola, terutama sekali dalam memilih pemain untuk mengisi jentera serangan.
Dua gol daripada Raheem Sterling ketika bertemu Crystal Palace merekodkan gol kelimanya musim ini, bilangan yang sama dicetak oleh Leroy Sane dalam semua kejohanan.
"Saya berasakan setiap pemain di dalam pasukan berusaha untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.
"Ini merupakan satu perkara yang positif untuk pasukan kerana kami tidak boleh menurunkan pemain yang sama setiap tiga hari sepanjang 11 bulan. Mereka perlu kekal berada dalam tahap terbaik untuk meraih kemenangan.
"Setiap individu dalam pasukan ini memberikan persaingan antara satu sama lain," katanya lagi.