Skip to main content

Bola Sepak

Pramusim: Usai dua kekalahan, Selangor akhirnya temui rentak kemenangan di Bangkok

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor.jpg
Selangor akhirnya memecahkan kebuntuan selepas kecewa dalam dua perlawanan persahabatan di Thailand, sebelum ini.

Aksi ketiga siri jelajah pramusim Gergasi Merah itu berkesudahan dengan kemenangan 3-1 menewaskan Bangkok FC, sekali gus mengubati luka susulan tewas kepada kelab liga utama Thailand, Ratchaburi dan Chonburi.

Meskipun tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan, skuad kendalian Katsuhito Kinoshi tetap bersemangat mengatur serangan dan jaringan penyamaan hadir menerusi bekas import Kedah, Willian Lira, pada minit ke-15 untuk kedudukan 1-1.

Naib juara Liga Super itu menerima tonik tambahan apabila giliran penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, pula meletakkan Selangor di hadapan sebelum tamat separuh masa pertama.

 

Bekas bintang Malaysia bawah 15 tahun (B-15), Harry Danish Mohd Haizon, berjaya membantu Selangor meraih kemenangan pertama, yang juga merupakan gol pertamanya bersama skuad utama untuk pelawat kembali menemui rentak sebenar. 

Perlawanan Sumbangsih (Piala Sultan Haji Ahmad Shah) menjadi permulaan kepada Selangor untuk membuka tirai Liga Malaysia (Liga-M) dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi halangan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), bulan depan.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video