Paul Pogba percaya gol kemenangan Zlatan Ibrahimovic dalam final Piala EFL malam tadi membuktikan mengapa mereka menandatangani penyerang veteran itu.
Ibrahimovic meledak dua gol, termasuk gol kemenangan, untuk menewaskan Southampton di Stadium Wembley bagi memberikan trofi sulung buat Jose Mourinho di United.
Pogba menyatakan bahawa kebolehan yang dimiliki oleh Ibrahimovic telah membezakan kedua-dua pasukan dan ia merupakan sebab utama The Red Devils membawanya ke England.
"Ini adalah sebab mengapa Ibrahimovic dibawa ke England," kata Pogba kepada Sky Sports.
"Dia datang untuk memenangi kejuaraan dan ia dapat dilihat sebelum musim bermula."
Pogba meluahkan perasaan gembiranya selepas memenangi trofi pertama di United.
"Kejayaan ini adalah untuk semua. Ia ditujukan kepada penyokong-penyokong United serta buat setiap pemain. Ia membuatkan saya sangat gembira."
? #MUFC #EFLCup pic.twitter.com/w3QwSumkNx
— Manchester United (@ManUtd) February 26, 2017