Skip to main content

Bola Sepak

Pogba Pemain Terbaik Liga Europa

26817paulpogbacropped.jpg
Paul Pogba berbangga kerana memenangi Anugerah Pemain Terbaik Liga Europa selepas membantu Manchester United merangkul kejuaraan tersebut, musim lalu.

Pemain tengah itu mendahului rakan sepasukannya, Henrikh Mkhitaryan dan Zlatan Ibrahimovic, berikutan kejayaan menjuarai Liga Europa (UEL) untuk kembali beraksi dalam Liga Juara-Juara (UCL), musim ini.

Dalam satu undian yang melibatkan 48 jurulatih pasukan yang beraksi dalam saingan peringkat kumpulan, termasuk 55 wartawan, Pogba telah diberikan mata tertinggi dengan 140 mata, manakala Mkhitaryan meraih 129 mata dan Ibrahimovic ketinggalan 20 mata.

"Saya sangat gembira kerana menjadi orang pertama memenangi Anugerah Pemain Terbaik Liga Europa," katanya. 

"Saya berharap musim baru ini akan menjadi lebih berjaya buat saya dan kelab. Terima kasih." Pogba akan menjadi pemain yang berpengaruh untuk pasukannya dalam misi United beraksi di pentas tertinggi Eropah apabila mereka diundi dalam Kumpulan A bersama-sama Benfica, Basel dan CSKA.

Advertisement

Must Watch Video