Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Pochettino nafi tolak lamaran Real Madrid, Barcelona

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mauricio-pochettino_1.jpg
Mauricio Pochettino menafikan bahawa dia menolak peluang untuk mengemudi Real Madrid dan Barcelona.

Pengendali itu pernah dikaitkan sebagai calon ketua jurulatih dua pasukan gergasi LaLiga itu sebelum mengambil alih Paris Saint-Germain (PSG) sejak awal bulan lalu.

Tetapi Pochettino berkata laporan bahawa dia menolak tawaran Madrid dan Barcelona itu merupakan sesuatu yang tidak benar.

"Kesnya bukan seperti itu walaupun terdapat banyak perbincangan pada ketika itu," katanya kepada Marca.

"Kami mempunyai banyak pasukan prospek yang berminat dengan staff kejurulatihan kami.

"Ia bukan seperti itu dan sudah pasti kami didekati banyak kelab tetapi yang kami terima dengan gembira adalah PSG. Dan ini adalah projek yang sangat ideal," katanya.

Selepas tempoh semusim bersama Espanyol dan Southampton, Pochettino kemudian berkhidmat selama lima setengah tahun di Tottenham sebelum dipecat pada Noveber 2019.

Dia memenangi empat daripada lima perlawanan pertama sejak mengambil alih PSG, yang kini berada di puncak Ligue 1 menjelang kunjungan ke laman Lorient hujung minggu ini.
 

Advertisement

Must Watch Video