CHELSEA 2 TOTTENHAM HOTSPUR 0
Mauricio Pochettino mengakui adalah mustahil untuk Tottenham Hotspur mengejar kedudukan Manchester City dan Liverpool bagi merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini susulan dua kekalahan berturut-turut.
Selepas tewas kepada Burnley Sabtu lalu, hasrat Spurs untuk kekal bersaing musim ini musnah sebaik tewas 0-2 kepada Chelsea di Stamford Bridge, awal pagi tadi.
Jaringan pembukaan daripada Pedro menembusi celah-celah kaki Hugo Lloris dan jaringan sendiri Kieran Trippier mengakibatkan Spurs, yang kini di tangga ketiga liga, ketinggalan sembilan mata di belakang pasukan pendahulu, Liverpool, dan lapan mata di belakang juara bertahan, Manchester City, selepas 28 perlawanan.
"Kami tewas dalam keperincian yang kecil. Kami melakukan kesilapan dan kami tewas perlawanan ini. Itu yang membuatkan kami kecewa. Kami tidak dapat bermain dengan gaya kami," kata pengurus Spurs itu kepada BBC.
"Chelsea hanya menghasilkan satu percubaan tepat dan satu jaringan dan kami tidak melakukan percubaan.
"Ia cara yang sukar untuk memenangi perlawanan dan kami tidak cukup bagus.
"Keperincian kecil itu menyebabkan keputusan perlawanan memihak Chelsea.
"Kejohanan ini meletakkan kami di tempat kami.
"Ia merupakan kejohanan 10 bulan dan bukan hanya tiga atau empat bulan.
"Kami amat kecewa sekarang.
"Selepas perlawanan menentang Burnley, saya katakan ia sukar dan malam ini, ia menjadi mustahil untuk kami mengejar City dan Liverpool.
"Hanya mereka akan bergelar juara dan kami perlu terus bersaing untuk memenangi perlawanan agar setanding dengan mereka," katanya.
Dalam sidang media selepas perlawanan, Pochettino berkata: "Berdasarkan sejarah, Chelsea merupakan tempat yang sukar untuk kami beraksi.
"Jika tidak silap saya, kami memenangi perlawanan pertama di sini selepas 27 tahun, musim lalu.
"Hari ini, kami masih bersaing.
"Mungkin kami tidak bersaing di tahap terbaik.
"Kami tidak memaparkan kualiti yang dimiliki atas sebab yang berbeza.
"Dua perlawanan dalam beberapa hari ini, kami tewas kedua-duanya. Ia amat mengecewakan.
"Namun, ia tentang terus bersikap tenang.
"Ia tidak akan mengubah penilaian saya terhadap pemain.
"Kami perlu menyokong dan menjulang pemain untuk membantu mereka beraksi baik Sabtu ini," katanya.
Susulan kekalhan itu, Spurs kini lebih menghampiri Arsenal di tangga keempat -- dengan perbezaaan empat mata -- berbanding City.
Pasukan yang sedang meningkat prestasi, Manchester United, hanya ketinggalan satu mata di belakang Arsenal ketika Spurs akan melayani kunjungan seteru London itu di Stadium Wembley, Sabtu ini.
Ditanya sama ada dia gusar dengan kedudukan Spurs dalam kelompok empat teratas, Pochettino menjawab: "Saya tidak takut. Saya dapat berfikir dengan bebas seperti mana yang saya rasakan sebelum ini.
"Jika mereka takut untuk kehilangan kedudukan empat terbaik, itu adalah bola sepak.
"Selepas dua kekalahan, mungkin kami akan terkeluar daripada kelompok itu dan tidak berada di kedudukan selamat.
"Namun, kami perlu bersedia untuk menghadapi perlawanan akan datang dan ia bukan drama.
"Saya tidak peduli tekanan ketika berdepan Arsenal, Chelsea atau Burnley. Ia sama sahaja bagi saya. Kami perlu bersedia untuk bersaing dan memberikan yang terbaik.
"Jika kami menang, saya akan gembira.
"Jika tidak, saya tidak gembira seperti sekarang.
"Setiap orang dari awal musim harus berpuas hati dengan kedudukan mereka sebelum perlawanan Sabtu ini.
"Setiap orang harus mengatakan bahawa lapan atau 10 bulan yang lalu, dengan kemungkinan untuk bertemu Arsenal di Wembley dengan jurang empat mata, adalah baik. Mereka juga tertekan, bukan hanya kami," katanya.