Skip to main content

Bola Sepak

PKNS FC lebih seimbang

anderson10118.jpg
Pembentukan skuad yang seimbang musim ini menjadi daya penarik buat bekas pertahanan import Kedah, Zachary Anderson, memilih PKNS FC sebagai pasukan barunya musim ini.

Anderson yakin dengan kemampuan pengendali pasukan itu, Datuk K. Rajagobal, dalam membentuk barisan yang mampu memberi cabaran kuat musim ini.

Bekas pertahanan Sydney FC itu turut menyasarkan satu kejuaraan bersama PKNS.

"Dia (Rajagobal) melakukan tugas yang baik dengan membawa masuk ramai muda pemain tempatan dan juga import yang hebat. Saya tidak sabar untuk memulakan musim ini.

"Ia suasana yang bagus di mana pemain muda juga begitu teruja. Diharapkan kami mempunyai musim yang baik," katanya.

Anderson hari ini diumumkan sebagai awang import baru PKNS bersama-sama pemain tengah dari Argentina, Jonathan Leonel Acosta. 

Sebelum ini, PKNS turut mendapatkan khidmat dua lagi pemain import, iaitu Muhammad Faris Ramli dari Singapura dan pemain tengah menyerang dari Colombia, Romel Morales Ramirez. 

Bagi Rajagobal, meskipun barisan kendaliannya kini tampak ampuh di atas kertas, bekas pengendali kebangsaan itu enggan mendabik dada.

"Sudah tentu kami akan menjadi kompetitif dan membentuk pasukan yang baik berbanding musim lalu dengan kehadiran pemain-pemain baru. Saya yakin dengan barisan pemain yang kami ada," ujarnya

Advertisement

Must Watch Video