PKNS 5 SELANGOR 3
Pengendali PKNS FC, E. Elavarasan, memuji kelibat Patrick Ronaldinho dan Safee Sali yang menjadi watak penting dalam kejayaan The Red Ants untuk mengakhiri rentetan kekalahan menerusi kemenangan 5-3 ke atas Selangor, petang tadi.
"Hari ini dia (Ronaldinho) memainkan peranannya dengan baik dan bijak mencari ruang.
"Kecergasannya juga tampak lebih baik berbanding perlawanan terdahulu," kata Elavarasan.
PKNS FC, yang tewas dalam dua aksi pertama, terlebih dahulu ketinggalan apabila Syahmi Safari meledak gol buat Red Giants seawal minit pertama.
Tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-20 apabila umpanan Nazrin Syamsul Bahri berjaya disudahkan Ronaldinho.
Empat minit berselang, Nazrin sekali lagi menjadi pencetus jaringan, kali ini hantarannya disempurnakan Safee.
Selangor bangkit merakamkan gol penyamaan menerusi Francis Forkey Doe pada minit ke-27.
PKNS pantas kembali di depan pada minit ke-27 apabila Ronaldinho menemui penyudah untuk menutup babak pertama 3-2.
Dua minit selepas rehat, PKNS kembali menjarakkan kelebihan menerusi gol Matias Hadwa.
Selangor enggan mengalah apabila bangkit merapatkan kedudukan menerusi Forkey Doe pada minit ke-54.
Kedudukan itu tidak kekal lama apabila tiga minit kemudian, Ronaldinho muncul watak pemusnah dengan menyumbat gol kelima PKNS, sekaligus melakar hatrik pertama Liga Super musim ini.
Pada minit ke-71, permainan terhenti selama sembilan minit susulan keputusan kontroversi layangan kad merah ke atas pemain Selangor, Raimi Mohd Noor.
Pemain pertahanan itu didakwa melakukan kekasaran ke atas pemain lawan tanpa disedari pengadil perlawanan, Fairuzi Mat Desa, ketika menuju ke tepi garisan untuk digantikan dengan Adam Nor Azlin.
Tindakan pengadil mendapatkan pandangan kedua akhirnya memutuskan Raimi melakukan kekasaran dan menjadikan pertukaran asal itu tidak sah.
Situasi itu memaksa Selangor yang bermain dengan 10 orang, mengeluarkan Rizal Fahmi Rosid untuk digantikan dengan Adam.
KEPUTUSAN:
FELDA UNITED 1 KEDAH 1
T-TEAM 1 PULAU PINANG 0
PERAK 3 MELAKA UNITED 2
SARAWAK 0 PAHANG 1