Kemenangan 3-1 PKNP FC ke atas tuan rumah, Sabah, di Stadium Likas malam tadi, terus memberi tekanan kepada pendahulu Liga Perdana.
PKNP kini berada di kedudukan ke tiga liga, berkongsi mata dengan Terengganu, dan hanya dipisahkan satu mata dengan pendahulu liga, Kuala Lumpur dan Negeri sembilan.
Menjelaskan situasi pasukannya, ketua jurulatih PKNP, Abu Bakar Fadzim, berkata anak buahnya telah menjalankan amanah yang diberi dengan baik walaupun tempoh rehat selepas seri 1-1 dengan Pahang dalam saingan Piala Malaysia di Ipoh begitu singkat.
"Esoknya (Sabtu) kami berlepas ke Sabah. Namun, komitmen tinggi pemain-pemain malam ini membuatkan kami sebagai salah satu pasukan yang mengejar slot ke Liga Super musim hadapan.
"Malam ini, saya membuat rombakan dengan menyenaraikan Vincent Lucas dan Mohd Ezaini bagi mengantikan pemain utama, Mohd Norhizwan dan Mohd Fadhil Idris, kerana demam dan cedera. Syukur rentak permainan dapat diteruskan kerana menentang Sabah di Likas bukannya perkara mudah."
Tambah pengendali PKNP ini: "Jaringan pertama Sharel (Muhammad Sharel Fikri) melalui tandukan hasil hantaran Mohamad Hafiz Ramdan adalah pencetus semangat pasukan dan pada separuh masa kedua, kami mendapat dua gol lagi hasil daripada sepakan penjuru yang disudahi oleh Ritus Krjauklis dan Ahmad Syukri Abd Hamid.
"Saya lega kerana secara dasarnya semua pemain dalam kem PKNP bersedia untuk diturunkan pada bila-bila masa yang diperlukan memandangkan jadual perlawanan semakin padat."