Jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, bertekad mahu menyaksikan skuadnya membawa pulang mata dalam kunjungan ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dalam aksi Liga Perdana berdepan Negeri Sembilan, Jumaat ini.
"Kami hadir semata-mata mahu mengutip mata di sini," demikian impian besar Abu Bakar sekalipun sedar Negeri Sembilan berada dalam momentum kemenangan.
"Kekuatan mereka seimbang di barisan pertahanan dan serangan. Oleh itu, saya nasihatkan pemain untuk sentiasa fokus dan kurangkan kesilapan. Elakkan gol awal pihak lawan."
"Apa yang penting ialah kekuatan mental. Pastikan sokongan padu penyokong tuan rumah di Paroi tidak menggugat keyakinan pemain (PKNP FC)," tambahnya.
PKNP FC kali ini turun tanpa pemain tengah, Mohd Irwan Shamin Wahab, yang mengalami kecederaan.