PKNP FC bersedia mengharungi kancah Piala Malaysia apabila turun menentang T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu esok.
Menurut ketua jurulatih Abu Bakar Fadzim, beliau mahukan permulaan yang baik dipamerkan supaya PKNP dapat mengimbangi kekuatan pasukan lain dalam Kumpulan A.
"Pasti sengit. Masing-masing mahu perlawanan pembukaan yang baik.
"T-Team pasukan dari Liga Super yang mempunyai kekuatan agak seimbang. Jika buat kesilapan, pasti pasukan lawan tidak akan mempersiakannya.
"Oleh itu, saya mahukan mereka (pemain) bertindak dalam satu unit, ikut arahan dan bijak membaca permainan", ujarnya.
Bagaimanapun Abu Bakar boleh menarik nafas lega apabila kesemua pemain utamanya bebas daripada kecederaan untuk perlawanan esok.
Selain PKNP dan T-Team, Pahang serta Negeri Sembilan turut berada dalam kumpulan yang sama.