Claudio Pizarro menjadi penjaring gol tertua dalam sejarah Bundesliga menerusi sepakan percuma ketika membantu Werder Bremen seri 1-1 dengan Hertha Berlin, semalam.
Bekas pemain kebangsaan Peru, Pizarro, menyempurnakan sepakan percuma ketika perlawanan berbaki enam minit.
Berusia 40 tahun, empat bulan dan 13 hari, penyerang veteran itu memintas rekod bekas pemain tengah Bremen, Mirko Votava, yang sebulan lebih muda daripadanya ketika menjaringkan gol ke atas Stuttgart (Ogos 1996).
Ia merupakan jaringan ketiga Pizarro selepas membuat 17 penampilan musim ini dan memastikan Bremen dipisahkan dengan satu mata ke atas penghuni tangga kesembilan, Hertha.
"Saya sangat gembira kerana menjadi penjaring tertua dalam Bundesliga," kata Pizarro.
"Kami memiliki satu peluang dan berjaya menjaringkan gol. Satu mata penting buat kami."
Pizarro tampil beraksi buat Bremen buat kali pertama pada 1999 sebelum berhijrah ke Chelsea dan Bayern Munich ketika berada di tahap terbaik.