Ketua pasukan Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi atau Piya, melaungkan keyakinan bahawa The Red Warriors (TRW) mampu menjadi pencabar terkuat dalam Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Berdasarkan gabungan pemain sedia ada dan kemampuan mengikat lima awang import, katanya, menjadi taruhan terbaik TRW mengejar sasaran lima terbaik dalam Liga Super nanti.
“Secara peribadi, saya yakin kami mampu menebus kembali kegagalan musim lepas akibat prestasi pasukan yang tidak konsisten.
“Keputusan KAFA (Persatuan Bolasepak Kelantan) menggabungkan pemain muda, pemain senior dan lima awang import terbaik membolehkan semua pemain kekal fokus bagi mencapai sasaran muncul antara lima pasukan terbaik dalam Liga Super musim ini,” katanya.
Bagaimanapun, Piya yang juga bekas perancang tengah kebangsaan mengharapkan kesemua pemain import yang dipilih mampu memberikan aksi terbaik dan bukannya sekadar menjadi penumpang di atas padang.
“Lihat bagaimana selepas kehilangan penyerang import, Mohammed Ghaddar, pertengahan musim lalu, prestasi pasukan merosot dan hampir tersingkir ke Liga Perdana.
“Kami mahukan pemain import yang boleh membantu pasukan dengan sumbangan semaksimum mungkin.
"Dia (import) perlu lebih menonjol daripada pemain tempatan dan bukannya sekadar menjadi penumpang di atas padang. Kami (pemain tempatan) boleh belajar sesuatu dengan mereka,” ujarnya.
Ditanya mengenai kejohanan tiga penjuru Piala Super Boost SportsFix yang turut disertai TRW, Piya menyifatkannya sebagai peluang terbaik kepada semua pemain, termasuk import, bagi membuktikan kehebatan di atas padang.
“Kami akan bersaing dengan kelab dari Indonesia (Persija) dan Thailand (Ratchaburi) dan sudah tentu semua pemain perlu menunjukkan aksi terbaik sepanjang kejohanan itu berlangsung,” katanya lagi.
Untuk rekod, TRW mengekalkan pemain tengah kreatif, Morgaro Gomis (Perancis); penyerang, Ferdinand Sinaga (Indonesia), Do Dong-hyun (Korea) dan dua pemain kelahiran Brazil, Cassio de Jesus dan Bruno Lopes.