Bintang Barcelona, Lionel Messi, menjadi kunci kepada kejayaan gergasi LaLiga itu, demikian kata rakan sepasukan, Gerard Pique.
Pique, yang menandatangani perjanjian baru dengan Barca sehingga 2022 semalam, melontarkan pujian kepada pemain antarabangsa Argentina itu.
Messi telah memenangi 29 trofi dalam 14 musim di Barca -- pencapaian yang akan bertambah musim ini -- dan Pique berkata pemain berusia 30 tahun berkenaan penting bagi setiap kejayaan itu.
"Kunci kepada generasi terbaik Barcelona ialah Leo. Kami hanya mengikutinya," kata Pique.
"Jika ada pemain sangat penting untuk memenangi semua gelaran ini, dia adalah Leo.
"Kami cuba membantunya kerana dia memerlukan pasukan kompetitif untuk memenangi gelaran."
Pendahulu LaLiga itu seterusnya akan menjadi tuan rumah kepada Valencia dalam perlawanan pertama separuh akhir Copa del Rey, awal pagi Jumaat ini.