Gerard Pique tampil mempertahankan Luis Enrique yang dihujani kritikan selain mengingatkan Barcelona dalam masalah besar ketika dia mula mengambil alih jawatan jurulatih pada 2014.
Jurulatih berusia 46 tahun itu tiba di Nou Camp untuk menggantikan Gerardo Martino susulan kempen 2013-14 yang mengecewakan.
Dalam musim pertama kendaliannya, Enrique membantu The Catalans meraih kejuaraan 'treble'.
Begitupun, Barcelona sedang menghadapi krisis prestasi musim ini dan kekalahan 4-0 dalam kempen Liga Juara-Juara kepada Paris Saint-Germain (PSG) mendorong penyokong untuk mula mencemuh Enrique.
Pique menegaskan skuad itu berdiri teguh di belakang jurulatih berkenaan tanpa menghiraukan soal prestasi merudum mereka kebelakangan ini.
"Ketika jurulatih (Luis Enrique) tiba, kami dalam masalah besar dan dengan sentuhannya, kami meraih kejuaraan 'treble'," kata Pique.
"Alangkah bagusnya kalau orang mengenang semula usaha yang telah dilakukannya. Kami akan bersamanya sampai mati.
"Kami bersama-sama untuk cuba keluar daripada situasi sukar ini.
"Kami masih percaya bahawa kami tetap berpeluang untuk mencipta kejayaan dalam baki tiga pemburuan trofi musim ini meskipun untuk Liga Juara-Juara tidak mudah.
"Kami pernah menghadapi situasi lebih buruk pada masa lalu. Kami sedang fokus mencari jalan penyelesaiannya."