Stefano Pioli gembira menamatkan minggu yang sukar buat Milan dengan kemenangan ke atas Bologna.
The Rossoneri mengharungi perlawanan semalam selepas meratapi dua kekalahan berturut-turut -- selepas tewas 3-0 kepada Atalanta dalam Serie A dan tersingkir daripada saingan Coppa Italia di tangan Inter.
Selepas diarah keluar padang ketika bertemu Inter, minggu mengecewakan buat Zlatan Ibrahimovic berterusan selepas gagal mencetak gol ke-500 di peringkat kelab.
Bagaimanapun, Ante Rebic dan Franck Kessie memastikan Milan selesa mendahului 2-0.
Pemain gantian, Andrea Poli, mengurangkan defisit jaringan pada minit ke-81 Bologna gagal menemui jaringan penyamaan, Milan menjadi pasukan ketiga meraih kemenangan sembilan daripada 10 perlawanan saingan Serie A di tempat lawan dalam satu musim.
"Tanpa melakukan kesalahan naif untuk gol Bologna, kami mengharungi perlawanan yang sangat baik," kata Pioli kepada Milan TV.
"Saya sangat gembira dengan persembahan dan kemenangan ini memberikan keyakinan kepada pasukan dan menamatkan minggu yang sukar. Kemenangan yang berhak bagi pasukan.
"Dua sesi latihan terakhir yang kami lakukan minggu ini adalah yang terbaik dalam jangka masa yang panjang. Kami telah menyaksikan kepulangan pemain penting dan pasukan berjaya mengekalkan permainan seimbang.
"Kami tidak berpuas hati dengan persembahan menentang Atalanta, satu-satunya pasukan yang menyusahkan kami musim ini. Kami berjaya memberikan saingan kepada pasukan lain. "

20 - AC Milan have found the net in 20 Serie A away games in a row for the first time in their Serie A history, overtaking the 19-games run between 1992 and 1993. Irrepressible.#BolognaMilan pic.twitter.com/AuHIXFOrCD
— OptaPaolo (@OptaPaolo) January 30, 2021