AC MILAN 3 EMPOLI 0
Gennaro Gattuso berpuas hati dengan persembahan pemain AC Milan dalam separuh masa kedua ketika menentang Empoli untuk skuad Rossoneri itu meraih kemenangan 3-0 ke atas pasukan bermasalah Serie A itu, awal pagi tadi.
Milan memaparkan aksi lesu dalam separuh masa pertama dalam pertembungan di San Siro itu, namun dua gol terhasil selepas mereka mendominasi babak kedua.
Krzysztof Piatek yang berada dalam prestasi terbaik terlebih dahulu membuka tirai jaringan -- gol ketujuhnya bersama Milan -- pada awal babak kedua dan Franck Kessie menambah derita Empoli sebelum Samu Castillejo turut menemui sentuhan penyudah.
Memasuki perlawanan kelapan tanpa kekalahan, Milan hanya satu mata di belakang Inter yang menghuni tangga ketiga.
Justeru, Gattuso percaya pasukannya akhirnya menemui sistem permainan yang sesuai dengan mereka.
"Saya tidak gembira dengan pasukan saya buat seketika. Kami tidak mengisi kawasan penalti secara berkesan, kami menggerakkan bola dengan perlahan dan tidak bergerak dengan betul," kata Gattuso kepada Sky Sport Italia.
"Saya adalah orang pertama yang patut dipersalahkan, ia ekoran kesilapan saya. Saya tidak boleh menjanjikan apa-apa kepada sesiapa pun.
"Apa yang saya boleh katakan, ini adalah pasukan yang sangat muda dengan beberapa pemain yang sangat menarik.
"Kami perlu mengekalkan beberapa momentum dan kemenangan ini adalah salah satu contoh yang hebat kerana bukan mudah ketika mengharungi keadaan ini selain keperluan untuk meningkatkan permainan selepas aksi kurang memuaskan yang ditampilkan dalam separuh masa pertama. Mereka bangkit dengan baik."
Tumpuan Gattuso kini beralih kepada pertemuan pertama separuh akhir Piala Coppa Italia menentang Lazio Rabu depan dan dengan berdepan tempoh persediaan yang singkat, pengurus Milan itu tidak bercadang untuk membuat rombakan.
"Merungut kerana tidak berpeluang untuk beraksi adalah sebahagian daripada tugas," kata Gattuso ketika ditanya mengenai pemain Milan yang terpinggir.
"Jika saya melihat seseorang pemain itu sentiasa tersenyum dan ketawa ketika berada di bangku simpanan, maka itu bukan satu kelakuan yang baik.
"Saya menuntut penghormatan dan konsistensi pemain kerana kerja keras sepanjang minggu adalah satu-satunya cara untuk merebut tempat. Anda perlu memastikan anda sentiasa bersedia dan mampu menambat hati saya apabila dipanggil."