Skip to main content

Bola Sepak

Piala Sumbangsih: The Bos Gaurus bukan lawan mudah untuk ditumbangkan -- Figueroa

piala-sumbangsih-2019_1.jpg
Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Luciano Figueroa, mahu menempa sejarah tersendiri dengan membantu skuad Harimau Selatan menjulang Piala Sumbangsih sebagai jurulatih selepas merangkul kejuaraan itu sewaktu bergelar pemain.

Figueroa menjadi antara watak penting terhadap kejayaan JDT meraih gelaran Piala Sumbangsih pada 2015 dan 2018.

Ia menerusi aksi cemerlangnya menghasilkan gol ketika menewaskan Pahang 2-0 (2015) dan menundukkan Kedah 2-1 musim lalu.

Figueroa tampil dengan peranan yang berbeza musim ini, namun hasratnya tetap sama untuk membantu JDT mencapai kemenangan.

"Perak sebuah pasukan mantap yang sukar dihadapi, mereka memenangi Piala Malaysia. 

"Sudah tentu perlawanan esok adalah getir, namun kami sudah bersedia untuk menampilkan permainan terbaik, berikan usaha terbaik dan cuba memenangi perlawanan," kata Figueroa dalam sidang berita pra-perlawanan, hari ini.

Sementara itu, pengendali Perak, Mehmet Durakovic, tetap mengidamkan piala itu walaupun menyedari tugas sukar yang menanti.

Ini berikutan beliau kehilangan penyerang utama, Gilmar da Silva, yang digantung perlawanan tatkala Shahrel Fikri  Md. Fauzi pula dihimpit kecederaan.

Durakovic, bagaimanapun, masih optimis bahawa pasukannya mampu mengulangi kejayaan 2006 -- kali terakhir Perak meraih trofi itu.

"Ini suatu perlawanan yang amat penting, ia perlawanan liga dan merebut kejuaraan. 

"Kali terakhir Perak memenanginya adalah pada 2006, ia sudah begitu lama berlalu. 

"Kami akan berikan usaha terbaik dan berjuang selama 90 minit," katanya. 
 

Advertisement

Must Watch Video