Skip to main content

Bola Sepak

Piala Presiden: PKNP ikat Sabah di Likas

23217pialapresidensabahpknp.jpg
Skuad Sabah terpaksa akur selepas gagal mencatat kemenangan apabila diikat PKNP FC 1-1 dalam aksi pembuka tirai Piala Presiden di Stadium Likas, petang tadi.

Tuan rumah terlebih dulu memperolehi jaringan hasil tandukan Fazriel Hanafi Stepanus pada minit ke-10.

Bagaimanapun, kelebihan Sabah itu dipadamkan menerusi jaringan penyamaan PKNP FC menerusi Muhd Aizat Maidin Koty pada minit pertama babak kedua.

Skuad kendalian Justin Ganai itu kemudian cuba bangkit untuk mendapat gol kedua, malangnya beberapa peluang baik mereka berjaya diselamatkan pertahanan dan penjaga gol pelawat.

Kedudukan 1-1 itu kemudian kekal sehingga pengadil perlawanan, S Logeswaran meniupkan wisel penamat.

Sementara itu, Justin, ketika ditemui berkata pasukannya itu gagal mencatat kemenangan hanya kerana satu kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku.

"Pasukan tidak bermain seperti cara kami sebelum ini, malah ada beberapa pemain yang tidak beraksi baik. Saya harap ini dapat diperbetulkan dalam perlawanan kedua nanti," katanya.

Terdahulu, pengurus pasukan, Datuk Juil Nuatim, tetap berpuas hati dengan persembahan yang pemain-pemainnya walaupun sekadar seri.

"Saya puas hati, kami menguasai permainan, cuma dengan sedikit kesilapan kami dibolosi pada awal babak kedua."

Advertisement

Must Watch Video