Skip to main content

Bola Sepak

Piala Mandiri ASEAN B-23: Program perlawanan elit wujudkan persaingan sihat Harimau Muda

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ahmad-haziq-kutty-abba.jpg
Pemain muda tengah Penang, Ahmad Haziq Kutty Abba, menyifatkan program perlawanan elit yang diperkenalkan ke atas skuad B-23 kebangsaan baru-baru ini sebagai satu platform yang wajar diteruskan pada masa akan datang.

Ujarnya, perlawanan elit akan memberikan ruang dan peluang kepada ramai pemain untuk membuktikan kredibiliti mereka bagi mewujudkan persaingan sihat.

Dia turut berharap namanya terpilih dalam senarai akhir skuad kendalian Nafuzi Zain itu yang akan beraksi di Jakarta, Indonesia, bagi mengharungi Kejohanan Piala Mandiri ASEAN B-23 yang bermula 15 Julai depan.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada semalam mengumumkan senarai 30 pemain Harimau Muda yang bakal menjalani kem latihan pusat yang bermula Selasa depan. 

"Ia merupakan satu peluang yang sangat bagus, peluang sama rata untuk pemain B-23 tunjukkan bakat.

"Saya perlu perlu terus perbaiki diri dan konsisten dalam latihan untuk memikat jurulatih. 

"Jika saya menggunakan peluang ini sebaiknya, saya percaya dengan kemampuan diri sendiri untuk berada dalam senarai akhir," katanya. 
 

Advertisement

Must Watch Video