Penyerang muda negara, Danish Syamer Tajuddin, dan pemain tengah, Danish Hakimi Sahaludin, menjadikan aksi garang pasukannya ketika berdepan Brunei sebagai amaran buat tuan rumah, Indonesia, menjelang misi hidup mati dalam Kumpulan A, Piala Mandiri ASEAN B-23, Isnin depan.
Dua musuh tradisi ini akan berentap untuk menentukan peluang ke separuh akhir tatkala Syamer dan Hakimi tampil ampuh menerusi satu jaringan yang dihasilkan setiap orang di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi.
"Kemenangan ini sangat bermakna untuk pasukan.
"Ini menjadi titik tolak untuk kami lawan Indonesia.
"Tiada apa yang mustahil. Kami akan kerahkan 200 peratus (kudrat) untuk (misi layak) ke pusingan seterusnya," kata Danish Syamer.
Nada serupa disuarakan Danish Hakimi sekalipun anak buah Nafuzi Zain itu berdepan tugas perit.
"Saya harap kemenangan ini dapat memberi impak untuk pertemuan dengan Indonesia.
"Tidak kira jumpa sesiapa pun termasuk tuan rumah, kami akan tetap berikan yang terbaik," katanya Danish Hakimi pula.