Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Piala Mandiri ASEAN B-23: Jentera serangan skuad negara sah perlu dirombak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

alif-izwan-yuslan.jpg
Ketua jurulatih B-23 negara, Nafuzi Zain, enggan ambil risiko kehilangan pemain apabila sedia merehatkan penyerang utamanya, Aliff Izwan Yuslan, untuk pertemuan menentang Brunei, petang esok. 

Tonggak muda Selangor itu dihimpit kecederaan pangkal paha tatkala Nafuzi turut mengingatkan anak buahnya agar usah memandang mudah keupayaan lawan biarpun dibelasah 0-8 oleh Indonesia dalam aksi pertama Kumpulan A, Piala Mandiri ASEAN B-23.

"Kemungkinan Aliff Izwan Yuslan tidak dapat bermain (sementara) perkembangan Fergus Tierney akan dinilai pada hari ini. 




"Brunei tewas dalam jumlah jaringan yang besar kepada Indonesia. 

"Kami perlu perbaiki kelemahan terutama daripada segi menjaringkan gol.

"Pertahanan kami perlu fokus kerana setiap kelekaan boleh memberikan gol kepada pihak lawan," katanya. 

 

Advertisement

Must Watch Video