Skip to main content

Bola Sepak

Piala Mandiri ASEAN B-23: Jens Raven ancaman utama Harimau Muda hadapi Indonesia -- Nafuzi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nafuzi-zain.jpg
Ketua jurulatih skaud B-23 negara, Nafuzi Zain, melabel penyerang utama Indonesia, Jens Raven, sebagai ancaman utama buat Harimau Muda menjelang aksi terakhir Kumpulan A, Piala Mandiri ASEAN B-23 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam esok.

Nafuzi mengakui penyerang tinggi lampai itu mempunyai kualiti tersendiri walaupun baru berusia 19 tahun berdasarkan kelebihan fizikal sebagai penyerang nombor 9 atau 'target man'.

Nafuzi turut menuntut anak buahnya tampil lebih tenang dan berani untuk harungi 'gelora' di gelanggang keramat lawan itu.

"Kalau kita lihat, walaupun pemain warisan Indonesia ini masih muda berusia 19 tahun, dia memiliki fizikal dan teknik yang baik," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Majoriti pemain Indonesia, mereka memiliki fizikal yang agak lebih baik berbanding Malaysia, terutama daripada segi serangan, bertahan dan pemain simpanan.

"Daripada segi fizikal memang kelebihan memihak Indonesia tetapi apabila bermain untuk Malaysia, sudah pasti kita tidak mahu tewas dengan Indonesia dan akan memberikan persembahan terbaik untuk memastikan keputusan positif buat Malaysia."

Sebagai rekod, Malaysia perlu menewaskan Indonesia dengan sekurang-kurangnya kelebihan dua gol untuk berpeluang melayakkan diri ke separuh akhir.
 

Advertisement

Must Watch Video