Skip to main content

Bola Sepak

Piala Mandiri ASEAN B-23: Filipina ada kualiti, mampu beri kejutan -- Nafuzi Zain

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nafuzi.jpg
"Garrath McPherson bukan orang baru"


Berikut ungkapan jurulatih B-23 negara, Nafuzi Zain, mengingatkan anak buahnya usah terpedaya dengan situasi pihak lawan Filipina menjelang pertemuan kedua-dua pasukan untuk aksi pertama Piala Mandiri ASEAN B23 2025 di Stadium Gelora Bung Karno, esok.

Ia susulan McPherson diumumkan sebagai pengendali baru skuad muda The Azkals hanya empat hari sebelum kejohanan bermula tatkala pertahanan Ubaidullah Shamsul Fazili pula dilantik secara rasmi sebagai kapten negara.

"Filipina memang ada jurulatih baru tetapi sudah dua tahun berada di Filipina, saya sendiri mengenal pasti Filipina ada pemain berkualiti dan beraksi di peringkat tertinggi.

"Mereka ada kualiti yang boleh beri kejutan yang penting kami perlu sedia dan fokus," katanya.





Dalam pada itu, Nafuzi percaya akan kemampuan Ubaidullah Shamsul yang diberikan tanggungjawab menyarung lilitan kapten, malah pengalaman pemain itu di peringkat senior menjadi taruhan selaku benteng skuad Harimau Muda.

"Ubai memang pemain yang memiliki pengalaman dalam edisi lalu, dan baru habis bersama skuad kebangsaan. Saya harap pengalaman dia dapat membantu pasukan untuk membina ketenangan dan aspek lain juga." ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video